Friday 18 May 2012

PJS @KLCC


PJS: Demokrasi Terdera


Penyumbang:

Azhar Ibrahim
Zikri Rahman
Azrin Fauzi
Mohd Fauzi Malmod
Adam Adli
Hazayani Zakaria
Khairul Aiman Hamdan
Al Abror Yusof
Khalil Zaini
Johan Radzi
Haizir Othman
Pena Romantis
Nik Jidan
Azim Hamid
N Faizal Ghazali
Abu Abas Saleh
Arafat Hambali
Brirasa
Aedi Asri
John Si Orang Gila
Anas Saifuddin
Perewa
Mohd Hafiy
Hocy
Chimok
Pak Lang
T Ahmad Mohamed
Ahmad Ahnaf
Nimoiz
Amni Jagat
Anwar T
Aiman Nazirmuddin
Ahmad Faiz
Maqri
Akupentoi
Abuhasif
Radzi Razak
Noreen Natassa
Man Kiman
Acino
Alep Wilcox
Nour Fariqtuzzahra
Aisyah Husein
Mas Joko
Adra Muira
Bahar Nordin


Monday 19 September 2011

Cara untuk membeli buku & t-shirt Puisi Jadi Senjata secara online

  1. Sila emelkan pesanan ke puisijadisenjata@gmail.com

    buku: RM10
    t-shirt: RM25
    (kos penghantaran +RM5)

  2. Depositkan wang ke dalam akaun CIMB kami

    Fikrah Collective
    12150000777108

  3. Emelkan bukti pembayaran serta alamat penghantaran

  4. Pesanan akan tiba dalam 3 hari waktu bekerja

Sunday 18 September 2011

Pelancaran PJS @Annexe




















Dengan bantuan dan galakan kawan-kawan, buku PJS cetakan kedua dirasmikan pada 18 September lalu di Annexe Pasar Seni. Pelancaran dirasmikan oleh Pak Samad sendiri. 
 
Bagi yang berminat mendapatkan buku PJS atau T-Shrit PJS boleh emel ke puisijadisenjata@gmail.com atau ke facebookpage distrobuku.

Sunday 10 July 2011

Demokrasi Terdera



DEMOKRASI TERDERA

Kerana iklim mulai panas, puisi-puisi juga turut mendidih. Apalagi puisi daripada golongan muda yang sedang menilai suasana tanah airnya yang begitu bergelora.

Puisi sebenarnya boleh cantik dan boleh hodoh. Dan kerana keadaannya hodoh puisi jarang cantik, walaupun jujur. Tampaknya itulah yang menyala dalam puisi golongan muda ini yang jujur menangkap situasi hewani dengan bahasa yang terkadang kasar, tapi insani isinya.

Pada ketika puisi-puisi ini dihimpunkan, dunia siasah tanah air sangat resah. Demokrasi sedang didera seburuknya. Kata-kata tidak lembut lagi kerana diwarnai oleh iklim yang panas.

Saya menghargai sumbangan seni yang hampir spontan tapi jujur ini. Setidak-tidaknya suara baru daripada golongan muda ini menunjukkan betapa tanah air kita perlu dipupuk sejujur dan seinsannya.

Seperti kata saya, karya-karya spontan ini bakal menjadi bukti bahawa pada suatu ketika demokrasi terdera, anak-anak muda tidak diam. Suara jujur mereka -- dalam hodoh dan indah -- sangat bererti bagi masa kini dan masa depan kita.


A. Samad Said
6 Julai 2011


*teks merupakan kata pengantar buku PJS.

puisi jadi senjata



Gambar diambil sejurus siap pada malam 8 Julai.

Puisi Jadi Senjata (PJS) adalah buku himpunan puisi anak muda sebagai tanda menyokong kebebasan Pak Samad menyatakan pendirian dan Himpunan Bersih. Buku ini diusahakan ketika ambang Bersih iaitu seminggu sebelum Bersih. Cetakan pertama 100 naskah berjaya diedarkan kepada demonstran pada hari Himpunan Bersih 9 julai.